Carter gesa bina segera Gaza.

Khamis,  18/06/2009 – Bekas Presiden Amerika Jimmy Carter pada hari Selasa mengusulkan agar sempadan Gaza dibuka bagi membolehkan bahan binaan asas dibawa masuk untuk pembinaan semula Gaza akibat kemusnahan perang Israel-Gaza.

Carter semasa menjawab media di sebuah sekolah Amerika yang musnah berkata Israel melayan Gaza seperti binatang dan terkejut besar melihat kemusnahan dasyhat disebabkan keganasan Israel ke atas semua kemudahan asas di Gaza. Beliau melihat gabungan kumpulan-kumpulan Palestin merupakan kunci ke arah penyelesaian kemelut di Palestin dan beliau membawa mesej daripada ibu bapa Gilad Shalit untuk Gilad Shalit yang akan ditujukan melalui pemimpin Hamas.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous