Hamas dan Fatah bincang isu tahanan politik di Gaza dan Tebing Barat.

Isnin,  22/06/2009 – Wakil- wakil dari Hamas dan Fatah, Rabu lepas, telah mengadakan pertemuan di Jalur Gaza dan Tebing Barat bagi membincangkan isu tahanan- tahanan politik serta memperbaiki suasana supaya dialog nasional dapat disambung semula.

Dr. Ismail Radwan, pegawai senior Hamas, menegaskan perbincangan akan difokuskan kepada jenayah penyeksaan paramedik, Haithan Amr, yang mati di jail PA. Katanya lagi; “tiada gunanya meneruskan pertemuan- pertemuan sebegini jika masih terdapat lagi pembunuhan pejuang- pejuang Hamas di Tebing Barat”. Tambahnya lagi, “Kita perlukan mereka- mereka yang sanggup untuk mengimplimentasi dan komited dalam merealisasikan persetujuan yang dicapai”.

Dalam satu kenyataan akhbar, ahli komiti rekonsiliasi Hamas, Ismail Al- Ashqar juga menegaskan bahawa 20 daripada 700 tahanan –tahanan politik yang dibebaskan Fatah sebelum ini, tidak membuktikan apa- apa. Malah pihak berkuasa Fatah akan membuat penahanan yang lebih banyak pada keesokan harinya. Wakil- wakil Hamas juga mengutarakan kes pembunahan satu, Amr, di jail perisikan PA dan menyuruh Fatah supaya mengutuk secara terbuka akan pembunuhan tersebut melalui media- media serta membawa pembunuh -pembunuhnya ke muka pengadilan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : Av Endekku