Darah Di atas Kerusi Roda (Bhgn #1)

Oleh Kareem M. Kamel
Penyelidik ? Hubungan Antarabangsa

?Orang Barat mendesak kami supaya menghentikan penentangan. Mereka tidak menyuruh penceroboh-penceroboh itu daripada meninggalkan tanah air kami, sebaliknya menyuruh kami supaya menyerah sahaja? Keamanan yang menyokong penjajahan, pembunuhan dan pembuangan orang Palestin bukanlah keamanan yang
sebenarnya.?
? Syeikh Ahmed Yassin


?Kesyahidan Yassin ialah satu permulaan pada penentangan yang baru, jihad dan intifada yang lebih besar dan akibatnya jauh lebih berbahaya daripada apa yang pernah dilihat oleh perampas tersebut.? ? Hassan Nasrallah, Setiausaha Umum Hizbullah.

Melalui sejarah, peperangan, revolusi dan perjanjian damai acapkali dianggap Rakyat Palestin bersumpah
akan menuntut bela atas pembunuhan Syeikh Yassin
sebagai alamat bahawa akan berlakunya perubahan sosial dan politik. Kuasa untuk perubahan telah menjadi
pembunuhan berbau politik.
?Kesyahidan Yassin ialah satu permulaan pada penentangan yang baru, jihad dan intifada yang lebih besar
dan akibatnya jauh lebih berbahaya daripada apa yang pernah dilihat oleh perampas tersebut.?

? Hassan Nasrallah, Setiausaha Umum Hizbullah.
Dalam kebanyakan kes di mana pemimpin yang berpengaruh dibunuh, akibat yang berkaitan berlaku bertubi-tubi
dan pelbagai kejadian akan timbul, jauh melebihi jangkaan pihak yang melaksanakan pembunuhan tersebut.
Sebagai contoh, perlu diingatkan bahawa bagaimana pembunuhan waris takhta Habsburg, Archduke Franz Ferdinand,
oleh nasionalis Serb telah mencetuskan satu siri peristiwa yang mengakibatkan kepada
berlakunya Perang Dunia Pertama ? satu konflik tragis yang membunuh berjuta-juta manusia.

Bagi jutaan Muslim, pembunuhan pengasas dan pemimpin Hamas,
Syeikh Ahmed Yassin yang mewakili satu perubahan besar, mungkin merupakan titik perubahan dalam
kancah peperangan Arab?Israel dan konflik Barat-Muslim, dimana baru-baru ini ia merupakan sebahagian
daripada US dalam ?peperangan ke atas keganasan?. Malah terdapat beberapa pegawai Israel menyifatkan
pembunuhan ini sebagai satu perubahan bentuk, besesuian dengan lawatan Sharon ke Masjidil Aqsa yang
telah mencetuskan Intifada pada September
2000.

Kemungkinan laporan yang paling bermakna berkenaan kesyahidan Yassin datangnya daripada
editor International Herald Tribune yang menyebut: ?Pembunuhan Syeikh Ahmed Yassin,
simbol penting bagi kedua-dua pihak pihak konflik Arab ? Israel, yang jauh menjangkaui
potensi sebenar badannya yang lumpuh dan lemah, adalah sangat pasti untuk menjadi paksi
di mana kebencian dan kemarahan bersatu?Syeikh Yassin menjadi ikon di dunia Arab,
dan sekarang beliau telah syahid.?


Pembunuhan Yassin telah menyebabkan rakyat Palestin bersumpah untuk
menuntut bela. Pemimpin kanan Hamas, Abdel Aziz al- Rantisi
(turut syahid baru-baru ini oleh bedilan peluru Israel dari udara) menyebut:
?Peperangan antara mereka dan kita terbuka. Mereka telah membunuh para nabi dan hari ini
mereka membunuh satu simbol Islam.? Briged Syuhada? al-Aqsa, sebahagian daripada pertubuhan
Fatah menyeru ?perang, perang, perang ke atas Zionis. Nyawa dibalas nyawa. Akan ada balasan
atas perbuatan ini, insya Allah.? Sepuluh daripada ribuan rakyat Palestin mengacu penumbuk
ke udara dan berteriak: ? Dengan darah, dengan pedang, kami akan berkorban bagi manuntut bela!? teriak mereka
sambil menangisi kematian pemimpin luar biasa ini, yang dibunuh oleh peluru berpandu Israel dalam
satu serangan udara sebaik sahaja beliau pulang dari menunaikan solat Subuh di masjid.

Rangkaian televisyen Arab menggantikan siaran rancangan mereka dengan liputan secara
langsung pengebumian Yassin. 200 000 rakyat Palestin berasak-asak untuk menyentuh keranda berbalut
bendera dalam satu perarakan terbesar selepas kajayaan Arafat untuk pulang ke Palestin pada 1994
selepas perjanjian damai sementara dengan Israel. Beberapa jam kemudian, satu kenyataan disiarkan
dalam satu laman web yang dipercayai milik al-Qaeda, menggesa pembalasan terhadap US dan sekutunya
terhadap pembunuhan Ahmed Yassin. Walaubagaimanapun tindakan terpantas ke atas jenayah Israel itu
datangnya daripada Hizbullah, di mana para pejuangnya melancarkan roket dan mortal ke atas kubu
pertahanan Israel di ladang Cheb?aa di sempadan Lebanon-Israel. Berhampiran Tel Aviv pula,
seorang lelaki Palestin menyerang 3 orang rakyat Israel dengan sebilah kapak mengakibatkan
kecederaan kecil.

Lain-lain serangan berasingan menyebabkan 5 rakyat Palestin terkorban
sementara berdozen-dozen kecederaan semasa berlakunya penentangan dengan askar Israel.
Pembunuhan tanpa pengadilan terhadap lelaki tua yang lemah dan lumpuh ketika pulang
dari masjid tidak disangkal lagi merupakan ekspresi terhodoh sebuah tindakan keganasan,
sepertimana lagak seorang mafia dan bukannya sebuah kerajaan yang dibarisi pemimpin yang
berpendidikan dalam norma ketamadunan antarabangsa. Walaubagaimanapun, ini bukanlah satu
tindakan yang pelik bagi sebuah karajaan yang dahaga akan darah, apatah lagi dengan
kebisuan pihak setempat dan antarabangsa terhadap kekejaman harian atas rakyat Palestin.
Bantuan ketenteraan penuh US di Timur Tengah serta respons yang sederahana oleh Negara Arab
terhadap pembunuhan beramai-ramai oleh Israel, memberi Sharon lampu hijau untuk meneruskan kekejamannya.

Respon pertama pentadbiran Bush adalah daripada Penasihat Keselamatan Negara, Condoleeza Rice,
yang enggan mengutuk pembunuhan itu, sebaliknya menyokongnya dengan mengaitkannya dengan ?keganasan? Yassin.
Ini menunjukkan US tidak pernah meletakkan sebarang garisan merah terhadap perbuatan Sharon.
Lagipun US telah sedia maklum yang Israel mahu menghapuskan Syeikh Yassin dengan fakta mudah
iaitu mereka telahpun cuba membunuhnya tahun lepas tetapi gagal.
Lebih menarik lagi, waktu serangan tersebut berlaku hanya beberapa minggu

Abdel Aziz al-Rantissi sekarang mengawal Hamas selepas Sharon mengumumkan niatnya
untuk melaksanakan pembatalan perjanjian di mana Israel akan berundur dari Gaza.
Sekumpulan pegawai Israel, termasuk ketua staf, Dov Weisglass dan ketua pegawai keselamatan,
Giora Eiland, pergi ke Washington untuk membincangkan rancangan pengunduran itu dengan pegawai Amerika.
Serangan terhadap Yassin bertujuan untuk menghalang situasi di mana Hamas boleh mendakwa yang Israel
berundur dari Gaza di bawah tekanan Hamas, sepertimana yang didakwa oleh Hizbullah selepas pengunduran
tanpa syarat Israel dari Lebanon pada May 2000. Dalam kes ini, pembunuhan Yassin dilihat sebagai sebahagian
tentangan Israel sebelum pembatalan perjanjian itu dilaksanakan.
Berhubung dengan pembunuhan Yassin, pegawai keselamatan Israel mengisytiharkan Israel akan
membunuh kesemua pemimpin Hamas tanpa mengira serangan balas daripada mana-mana kumpulan militan.
Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz menggelarkan Hamas sebagai ?musuh utama Israel?
dan seorang jurucakap Israel menambah ?sangat penting untuk melemahkan Hamas sebagai
sebahagian daripada rancangan pemisahan.


Lebih penting lagi, Israel berkeyakinan yang Washington tidak akan menentang operasi itu
kerana US dan Pakistan di dalam kempen ketenteraan ke atas sempadan Pakistan-Afghanistan
untuk menangkap kesemua pemimpin al-Qaeda. Sharon percaya jika Amerika boleh membunuh, menangkap
dan mendera ratusan umat Islam dan meletakkan mereka di Lembah Guantanamo, sudah tentu mereka
tidak menentang atas pembunuhan seorang lelaki di Gaza. Dan lagi, pembunuhan Syeikh Yassin adalah
sebagai peringatan kepada pembunuhan seorang leftenan al-Qaeda di Yamen oleh misil yang dilancarkan
CIA pada November 2002, menunjukkan persamaan dalam pancabulan norma dan etika antarabangsa.

Yassin- Seorang Lelaki dan Mesejnya

Kemungkinan salah seorang yang paling berpengaruh dalam sejarah penentangan Palestin ialah Syeikh Ahmad Yassin,
seorang tokoh yang luar biasa, motivator, perancang strategi, dan sumber inspirasi untuk ribuan rakyat Palestin
yang mahu akan kebebasan. Yassin yang lumpuh dan lemah, walaupun dirinya menggambarkan fizikal yang kurang upaya,
lebih banyak membakar semangat dan menerapkan kepada pemuda Palestin kepercayaan bahawa serangan berani mati untuk
melumpuhkan penjajah ialah satu usaha yang membawa kepada syahid.


Sejak awal lagi, pemimpin Hamas ini yang merupakan inspirasi kepada kebangkitan 1987 dan 2000,
enggan menerima bantahan oleh mereka yang berpendapat serangan berani mati itu sebagai perbuatan
membunuh diri semata-mata. Yassin selalu menegaskan bahawa oleh kerana rakyat Palestin menyerang
dari kedudukan yang lebih lemah, mereka perlu bersedia untuk menerima kekalahan teruk.
Dalam khutbah dan ajarannya, Yassin berkali-kali menggambarkan serangan berani mati sebagai mati syahid
untuk menentang pemimpin yang zalim. Beliau juga menegaskan Israel ialah sebuah negara berkefahaman tentera
yang telah mengaburkan perbezaan antara orang awam dan tentera.

Beliau juga menyebut yang Hamas tidak menjadikan ?orang awam? Israel sebagai sasaran mereka,
kecuali sebagai pembalasan secara langsung atas kematian orang awam Palestin.
Beliau melihat perkara ini sebagai taktik yang perlu untuk ?menunjukkan yang Israel tidak boleh lari
tanpa membayar harga kematian orang-orang kami.?

Intifada yang tercetus pada September 2000, mengesahkan pemikiran Yassin.
Pergerakan Islam, nasional, dan sekular Palestin berebut-rebut untuk mengikuti
strategi pengeboman diri, di mana setiap pergerakan akan berbangga dengan kesyahidan ahli
mereka dan keazaman mereka untuk mengorbankan anak-anak mereka untuk tujuan yang lebih besar
iaitu kemerdekaan tanah air mereka. Bagi kebanyakan rakyat Palestin, mati syahid merupakan misi utama mereka,
satu konsep yang diulang beberapa kali di media massa Palestin serta dalam mesej pita video yang ditinggalkan
pengebom berani mati.

Dilahirkan di Majdal pada 1936 berdekatan Bandar Askalan, di mana Palestin berada
bawah pemerintahan British, pendirian Yassin mula dibentuk sewaktu rakyat Palestin dimalukan dan dihina.
Bapa kepada 11 anak ini tergolong dalam keluarga yang diusir keluar dari rumah mereka oleh pihak
berkuasa Israel semasa konflik Arab-Israel yang pertama pada 1948. Selepas satu kemalangan pada zaman kanak-kanaknya,
beliau berbakti pada pertubuhan Islam dalam usia yang muda.

Beliau juga menuntut di Universiti al-Azhar di Kaherah, tempat kelahiran Ikhwanul Muslimin.
Daripada situlah beliau memperoleh kefahaman bahawa Palestin ialah sebuah tanah suci Islam ?kesuciannya untuk generasi
Muslim akan datang sehingga Hari Kiamat? dan tiada seorangpun daripada kalangan pemimpin Arab atau Islam yang berhak
menyerahkan mana-mana wilayah ini ke tangan orang lain.

Kembali di Gaza, Yassin mengasaskan pergerakannya sendiri, al-Mujama al- Islami, pada 1970-an,
dan mula melatih aktivis dan rekrut baru. Revolusi Iran 1979, kabangkitan semangat Islam di seluruh dunia Muslim,
dan kehadiran pemimpin buanagn secular Fatah di Tunisia menggalakkan Yassin untuk membentuk pergerakan Islam yang
lebih radikal ? Majd al- Mujahideen.

…..bersambung