Aktivis US keluarkan barangan Israel dari rak pasaraya.

Rabu,  24/06/2009 – Aktivis Jangan Beli Barangan Apartheid pada hari Sabtu Jun 20 telah berkumpul di syarikat Trader Joe’s yang terletak di Oakland dan San Francisco, US telah mendesak syarikat tersebut berhenti menjual barangan buatan Israel.

Mereka dengan nekad mengeluarkan semua barangan buatan Israel dari rak pasaraya untuk menunjukkan kepada pengguna agar tidak membeli barangan Israel. Mereka bertemu dengan pengurus syarikat dan mengemukakan tuntutan mereka agar barangan Israel dihentikan jualannya. Aktiviti yang sama dijalankan di Pittsburgh, Pennsylvania; Seattle, Washington; dan Sacramento, California dan di luar Amerika iaitu di Wales dan Perancis.

Pertubuhan itu mendesak Trader Joe’s yang mempunyai reputasi yang baik dalam menjual produk yang berkualiti dari seluruh dunia agar menjaga etika perniagaan dengan menghentikan hubungan ekonomi dengan Israel yang bertindak zalim dan menjajah serta sering melanggar hak asasi manusia. Boikot produk Israel adalah satu cara efektif untuk menekan Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa.

Memorandum pertubuhan tersebut kepada Trader Joe’s telah ditandatangani lebih daripada 35 organisasi dan 135 individu dan kempen tersebut telah mendapat seramai 600 ahli dalam masa sebulan. Trader Joe’s akan menyertai kempen ini dengan menghentikan jualan produk Israel sehingga Israel mematuhi undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

sumber : http://electronicintifada.net/v2/
penterjemah : anonymous