Netanyahu: Palestin mesti dilucutkan senjata dan penempatan haram akan diteruskan.

Sabtu,  27/06/2009 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengulang pendirian beliau bahawa negara Palestin yang akan didirikan perlu dilucutkan senjata dan Israel berhak membina penempatan haram di wilayah Palestin.

Kenyataan beliau muncul selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Perancis Francois Fillon, dan Menteri Luar Bernard Kouchner.

Kouchner berkata kepada Netanyahu bahawa Perancis mahu proses damai dimulakan segera. Netanyahu juga dijadualkan bermesyuarat dengan George Mitchell wakil damai Amerika di Perancis tetapi dibatalkan atas perselisihan antara Israel-Amerika berkenaan isu penempatan haram.

Presiden Perancis Nicolas Sarkozi, mengulang kenyataan Obama bahawa pembinaan penempatan haram mesti dihentikan dengan segera.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous