32 Pemimpin Muda Fatah Meletakkan Jawatan

Jumaat, 4/3/2005 – 32 pemimpin Fatah daripada Tebing Barat telah meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan pengurusan
yang kurang cekap oleh pemimpin senior.


Perletakan secara baramai-ramai yg dibuat semalam (3/3/2005) begitu mengejutkan Fatah yang mana sekarang dalam proses reformasi bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat Palestin.

Pergerakan HAMAS yang tidak menyertai pilihanraya presiden Januari lepas telah memberi laluan mudah buat Mahmoud Abbas utk memenangi pertandingan
tersebut.

Tetapi sokongan awal kepada HAMAS dalam pilihanraya tempatan menandakan HAMAS bakal menikmati kemenangan dalam pilihanraya
parlimen Julai akan datang.