HAMAS : Rejim Zionis Tidak Ada Kredibiliti

Isnin, 7/3/2005 – Pergerakan HAMAS, semlm menyelar arahan rejim Zionis agar tempoh penahanan Syeikh Qawwas Nazzal, dipanjangkan 6 bulan lagi.


Sumber respon berkata dalam satu kenyataan akhbar, tahanan HAMAS tersebut sedang mengalami penyakit hati dan amat memerlukan bantuan perubatan dengan segera.

Rejim Zionis juga tidak mahu membebaskan Sheikh Jamal al-Tawil, salah seorang pemimpin HAMAS di Ramallah setelah merengkok di dalam penjara selama 3 tahun dan dipanjangkan tempoh tahanan selama 6 bulan lagi.

Tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut jelas menunjukkan kredibiliti rejim Zionis yang amat rendah.