Ken Livingstone : Tokoh Maal Hijrah 1427 ?

Siapakah Ken Livingstone ? Kenapa saudara Maszlee Malek begitu bernafsu mencalonkan tokoh berfahaman Marxist ini menjadi tokoh Maal Hijrah, satu penobatan yang begitu kontra sekali. Mari ikuti justifikasi beliau dan terserah kepada anda menberikan berapa bintang kepada Ken Livingstone ini.

Ken Livingstone bukanlah nama yang gah sehebat nama Lady Diana, walaupun mereka datang dari negara yang sama. Mungkin David Beckham dan isterinya lebih dikenali dunia berbanding Datuk Bandar (Mayor) bagi kota London ini. Nama tokoh Inggeris berfahaman kiri ini walau bagaimanapun merupakan nama yang harum di kalangan mereka yang peduli terhadap isu Palestin. Bukan kerana dia merupakan anggota HAMAS ataupun Fatah, jauh sekali daripada menggotai PA mahupun PLO. Nama beliau menjadi agak rapat dengan Palestin kerana simpati beliau dan juga tindakan beliau yang banyak menarik perhatian dunia kerana lebih cenderung untuk membela nasib rakyat Palestin. Rasanya selepas Galloway, beliaulah antara tokoh di bumi penjajah ini yang sering dijoloki sebagai ?Pro-Arab British?.

Ken Livingstone sedang memberi ucapan


Selain daripada kenyataan-kenyaatan rasmi dan juga penyertaan beliau di dalam perhimpunan-perhimpunan membantah kezaliman Israel dan juga Amerika ke atas negara-negara umat Islam, beliau juga menjadi dikenali ramai kerana keberanian beliau untuk mengkritik rejim Zionis dan juga Amerika. Antara jasa beliau dalam membuktikan kebersamaan beliau dengan mereka-mereka yang ditindas ialah apabila beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Muslim Association of Great Britain (MAB). MAB telah mula dikenali dunia apabila mereka telah berjaya membuatkan Menteri Pertahanan rejim Zionis, Shaul Mofaz meninggalkan bumi Britain dalam tempoh 48 jam berkunjung ke London pada tahun 2002. Seorang datuk bandar London, yang berfahaman kiri telah mempunyai hubungan dengan sekumpulan manusia yang dinamak an sebagai ?fundamentalis? muslim yang sering cuba dikaitkan dengan keganasan oleh lobi Zionis kerana kepedulian mereka (MAB) terhadap isu-isu umat Islam, terutamanya isu Palestin.

Peranan Ken Livingstone perlu dicontohi pertubuhan OIC

Ken juga menjadi semakin popular di kalangan umat Islam dan juga simpatis isu Palestin apabila beliau telah menjemput Dr Yusuf al-Qaradawi ke kota London, malah beliau sendiri telah diberikan penghormatan untuk merasmikan perhimpunan International Association of Muslim Scholars (IAMS) pada bulan Julai 2004 di City Hall, London. Walaupun tekanan yang dibawa oleh lobi Zionis di UK melalui ahli Parlimen dari parti ?Labour friends of Israel group? yang pro-Zionis, Louise Ellman yang telah menggesa Menteri dalam negeri UK, David Blunkett agar tidak memberikan visa kepada al-Qaradawi, namun Ken tetap dengan pendiriannya. Malah beliau turut mucul di dalam wawancara-wawancara dan membuat kenyataan-kenyataan akhbar untuk mempertahankan al-Qaradawi. Tidak cukup dengan tindakan tersebut, beliau juga turut membuat kenyataan terbuka meminta maaf dari al-Qaradawi mewakili rakyat Britain kerana tindakan Zionis yang memburuk-burukkan al-Qaradawi di media-media British dan mengundang beliau lagi ke London di masa-masa hadapan. Tindakan beliau ini telah dikecam dengan hebat oleh kumpulan pro-Zionis dan juga mereka-mereka yang anti-Islam, hatta di kalangan masyarakat Islam yang telah hilang keIslaman mereka.

Apabila al-Qaradawi sekali lagi cuba dicemarkan imejnya oleh media-media pro-Zionis melalui Middle East Media Research Institute (MEMRI) yang berpusat di Washington selepas peristiwa Tsunami, sekali lagi Ken Livingstone muncul untuk membela al-Qaradawi. Lebih menarik, pada 11 Januari, beliau telah muncul di media-media British untuk memohon kemaafan daripada al-Qaradawi berhubung tindakan jahat media-media British pro-Zionis tersebut, dan juga mengecam Mossad yang kononnya pada dakwaan Livingstone merupakan perancang utama di sebalik apa yang berlaku. Beliau juga menegaskan al-Qaradawi berupaya untuk menjadi penghubung di antara dunia Islam dan dunia barat. Tindakan beliau ini benar-benar telah mengecewakan pihak Zionis yang sememangnya senitiasa berusaha untuk merosakkan imej al-Qaradawi yan g dilihat sebagai pendokong usaha perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin.

Tanggal 4 Mac 2005, Ken sekali lagi telah memeranjatkan dunia apabila artikelnya di dalam akhbar The Guardian di UK, telah mengkritik dasar ganas rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Tidak cukup dengan itu, beliau juga telah memberikan cap mohor ?Penjenayah Perang? terhadap Perdana Menteri rejim Zionis, Ariel Sharon dan menggesa agar Sharon didakwa di mahkamah tentera di atas penyembelihan rakyat Palestin di Sabra dan Shatila, Beirut pada tahun 1982. Dakwaan beliau bukanlah satu dakwaan tidak berasas, dengan berhujahkan hasil kajian dan juga kenyataan rasmi ?Suruhanjaya Kahan? yang beroperasi di Israel (baca: Palestin yang dijajah) yang telah mengesahkan kesalahan jenayah yang dilakukan Sharon pada peristiwa berdarah 16 September 1982, beliau merasakan Sharon wajar menerima tindakan yang setimpal.

Dalam usaha membezakan sikapnya yang anti kepada keganasan Israel dan juga sentimen anti Semitik yang mungkin dilontarkan kepadanya kerana kenyataan beliau itu, Ken telah mengungkitkan jasa-jasa beliau kepada komuniti Yahudi yang terdapat di kota London semenjak beliau belum menjadi Datuk Bandar Kota tersebut lagi. Beliau juga menegaskan bahawa tindakan-tindakan rejim Zionis hanyalah semakin menyemarakkan lagi keganasan di seluruh dunia.

Unik!, itulah sahaja kata-kata yang boleh kita ungkapkan untuk menggambarkan pendirian Datuk Bandar berfahaman Marxist ini. Sebagai seorang yang berpegang dengan prinsip, beliau sering dilihat menjadi pembela umat Islam dan anti-Semitik. Mana tidaknya, setakat ini belum pernah lagi seorang pun daripada pemimpin-pemimpin negara OIC berani mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Bukan hanya takut untuk mengkritik Sharon, malah dasar-dasar Sharon dan juga AS berhubung isu Palestin pun mereka takut untuk menyuarakan bantahan secara terbuka. Jika adapun hanya menantikan umat Islam dibunuh secara besar-besaran, barulah terhegeh-hegeh para pemimpin OIC untuk mengutuk sahaja. Hanya kutukan sahaja yang menjadi senjata, dan setakat ini tidak pernah lagi ada mana-mana negara yang berhenti mel akukan keganasan hanya kerana dikutuk. Lebih menarik lagi, pengerusi OIC sendiri pun tidak pernah berani untuk membuat kenyataan semacam kenyataan Ken Livingstone berhubung Sharon. Bukankah dengan jenayah sedemikian rupa OIC boleh sebulat suara untuk mendakwa Sharon, jika tidak di ICJ pun, sekurang-kurangnya di negara masing-masing sepeti yang berlaku terhadap Mofaz di kota London. Sayangnya, pemimpin-pemimpin Arab dan Muslim dilihat terjilat-jilat untuk mengadakan apa yang mereka namakan sebagai ?perdamaian? dengan rejim Zionis dan sekaligus menghentikan perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin di era Mahmoud Abbas aka Abu Mazen.

Oleh itu saya mencadangkan agar Ken Livingstone dianugerahkan dua anugerah yang amat bermakna memandangkan jasa beliau yang tidak terhingga itu. Yang pertamanya, dia wajib dikalungkan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427 nanti, dan keduanya dia patut dicalonkan sebagai pengerusi OIC selepas Perdana Menteri Malaysia, di sesi akan datang. Biarlah dia mengajar Negara-negara OIC untuk bertindak sebagai anak jantan!