(Terkini) Pasukan konvoi Viva Palestina dari New York selamat mendarat di Mesir.

Isnin , 06/07/2009 – Pergerakan ‘Viva Palestina’ Ahad lalu melaporkan sebuah pesawat yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza dari kumpulan sokongan di AS telah mendarat di Mesir selepas mengadakan satu penerbangan dari New York. Konvoi itu akan sampai ke Semenanjung Gaza dalam masa dua hari.

Konvoi itu tersiri daripada 100 orang termasuk Ahli Parlimen, George Galloway. Selain itu, 150 penyokong lain dijangka akan mendarat di Mesir dalam beberapa hari lagi. Pihak berkuasa Mesir dilaporkan memudahkan urusan kemasukan konvoi itu.

Beberapa anggota konvoi termasuk warga Amerika keturunan Palestin, memakai baju berlambangkan bendera Palestin bersama kata-kata ‘Viva Palestina’ (yang bermaksud ‘Kekalkan Palestin’ dalam bahasa Sepanyol).

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz