Israel : Cakap Tidak Serupa Bikin

Rabu, 9/3/2005 – Laporan media Israel membongkarkan peranan kerajaan Israel dalam pembinaan penempatan haram di Tebing Barat.


Akhbar Maariv menyebut semalam pejabat Perdana Menteri Israel memberi kuasa ke atas aktiviti tersebut jelas begitu kontra dengan komitmen Israel dalam membekukan proses pembinaan penempatan dalam usaha pelan damai 2003.

Meskipun adanya undang2 yang melarang sebarang bentuk peluasan kawasan untuk penempatan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Perumahan dan Divisen Penempatan Yahudi memainkan
peranan penting dalam aktiviti haram ini.

Laporan ini telah dikumpul oleh peguam bela Talia Sasson, bekas Pengarah Jabatan Jenayah. Antara laporan terdapatnya campurtangan pihak tentera(baca :rejim Zionis) dalam pembinaan penempatan.

Sasson membongkarkan duit kerajaan Israel telah banyak dihabiskan untuk membeli trailer. Pada tahun 2003, sebanyak $7.5 juta telah diambil dari bajet kerajaan Israel.