Abu Zuhri: Larangan kunjung tahanan Hamas menyukarkan pertukaran Shalit.

Isnin , 06/07/2009 – Pimpinan Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri menyatakan undang-undang terbaru Zionis-Israel yang melarang tahanan Hamas dikunjungi kecuali wakil tertentu akan bertambah rumit. Proses pertukaran Shalit yang sebelum ini pernah dibincangkan akan gagal. Pertukaran itu pasti tidak akan berlaku jika Zionis-Israel bertegas dengan undang-undang baru ini, tegas Abu Zuhri.

Larangan mengunjungi tahanan ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Abu Zuhri turut mendesak pelbagai pihak antarabangsa agar campurtangan dan mengecam tindakan Zionis-Israel. Larangan itu telah dicadangkan oleh ahli parlimen dari Parti Likud ketika sidang Knesset berlangsung.

sumber : COMES
penterjemah : abu awatif