Haneyya: Wajib berusaha hidupkan isu al-Quds.

Isnin , 06/07/2009 – Perdana Menteri, Ismail Haneyya menyambut kedatangan satu delegasi daripada ‘jawatankuasa menghidupkan al-Quds sebagai bandar kebudayaan Arab’ dan menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dijalankannya. Beliau juga menegaskan kepentingan al-Quds dan kemestian untuk berusaha mempertingkatkan aktiviti bagi menghidupkan isu al-Quds pada peringkat dunia Arab dan antarabangsa.

Haneyya berkata dalam satu kenyataannya pada hari Ahad (5/7) kepada Pusat Media Palestin bahawa Palestin adalah kompas sebenar yang menghimpunkan seluruh rakyat Palestin. Dalam masa yang sama, beliau turut mengalu-alukan peranan yang dimainkan oleh jawatankuasa tersebut pada semua bidang dan peringkat sama ada tempatan, serantau dan antarabangsa.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan Palestin menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa tersebut dan memberikan taklimat agar segala aktiviti jawatankuasa itu hendaklah dipermudahkan serta dibekalkan dengan segala keperluan bagi menjayakan projek membina bandar kebudayaan Arab itu.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir