Mubarak : Pengunduran Gaza Secara Total

Jumaat, 11/3/2005 – Presiden Egypt, Husni Mubarak telah membuat permintaan pengunduran secara total daripada Jalur Gaza oleh rejim Zionis dan mengadakan zon penempataan sementara bagi Yahudi. Beliau berkata dalam satu perjumpaan dengan Menteri Pertahanan Israel.

Dalam dialog semalam (10/3/2005) antara Mubarak dan Shaul Mofaz berhubung dengan rundingan pada 8/2/2005 di Sharm al-Shaikh di mana pemimpin PA dan Israel bersetuju menghentikan serangan.

Minggu depan juga Mubarak akan mengadakan perjumpaan dengan semua fraksi pejuang Palestin dan PA di mana keputusan perjumpaan ini
dapat menghentikan serangan terhadap Israel.

Egypt bersedia menyediakan 750 askar utk mengawasi kawasan sempadan sepanjang tempoh pengunduran orang Yahudi. Mubarak berkata kepada Mofaz, pengunduran daripada bandar Palestin, menyerahkan kuasa kepada PA dan membebaskan tahanan akan dapat dilaksanakan dengan segera.