(Terkini) Pelarian Palestin meninggal di sempadan Iraq Syria.

Jumaat , 10/07/2009 – Seorang pelarian Palestin telah meninggal dunia pada Khamis lalu di kem Al Waleed, sempadan Iraqi-Syria selepas kesihatannya merosot dengan mendadak ketika terkandas bersama hampir ratusan pelarian di situ.

Wanita itu telah dikenalpasti sebagai Suad Abdul-Qader Al Hallaq. Pelarian Palestin yang meninggalkan Iraq selepas perang masih terkandas di beberapa kem pelarian sementara di kawasan terbabit. Pertubuhan Pelarian Palestin meminta masyarakat antarabangsa bertindak dan menyelamatkan nyawa pelarian-pelarian di kem pelarian Al Waleed.

Jumaat lalu,seorang pelarian yang dikenalpasti sebagai Shihada Mohammad Abu Hamad, telah mati di kem pelarian sama kerana kekurangan ubat-ubatan dan peralatan di klinik sementara dalam kem tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz_79