(Terkini) Kelab malam Israel edar poster wanita bogel berlatarkan Qubbah Sahra.

Jumaat , 10/07/2009 – Salah sebuah kelab malam di Israel membuat kad undangan dan poster yang dihiasi dengan foto wanita bogel berlatarkan Qubbah Sahra. Perkara ini mengundang kecaman hebat dari warga Palestin yang melihatnya sebagai penghinaan terhadap kehormatan kaum muslimin dan Arab.

Zahi Nujaedat, juru cakap Gerakan Islam di Palestin ’48 dalam keterangan akhbarnya Khamis (9/7) mengatakan;”Undangan sebegitu itu tidak lain adalah sindiran kepada umat Islam dan Arab yang lalai agar mereka bangkit dan mengumumkan dirinya sebagai penjaga dan pejuang bagi tempat mi’rajnya Rasulullah ke langit ketujuh.”

Nujaedat menambah, “Celakalah orang yang melakukan perbuatan jahat itu. Foto yang disebar tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Zionis dengan semua elemennya, sama ada pemerintah mahupun masyarakatnya, hingga kepada para pemabuk dan penarinya, bertekad kuat untuk merobohkan masjid Al-Aqsa dan menggantinya dengan haikal Sulaiman.”

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : abu insyirah

2 thoughts on “(Terkini) Kelab malam Israel edar poster wanita bogel berlatarkan Qubbah Sahra.

  1. Salam…kalau ikut pembacaan sy, haikal sulaiman tu sebuah kuil yahudi.leh bace buku Gerakan Freemason: Musuh dalam Menghancurkan Islam, terbitan Hijjaz Records

Comments are closed.