Israel Langgar Kesepakatan Sharm El-Syaikh


Selasa, 15/3/2005 – Beberapa jawatankuasa di Palestin menilai bahawa pelanggaran dan penangkapan masih dilakukan pihak Zionis-Israel, seperti penangkapan salah seorang penduduk, Muhammd Abdul Latif Husen Abu Kholil di Tebing Barat, menjadi bukti bahawa Israel tidak bersungguh-sungguh dalam perdamaian serta tidak melaksanakan hasil perundingan.

Jawatankuasa itu menambah lagi, permusuhan yang dilakukan Tel Aviv terhadap rakyat Palestin masih terus berterusan, perampasan tanah dan pembangunan penempatan masih terus dilakukan, penangkapan dan pembangunan kembali tembok pemisah serta penutupan dan pengepungan terhadap rumah-rumah penduduk Palestin makin menjadi-jadi. Ini semua menunjukkan bahawa Zionis-Israel tidak ada kesungguhan dalam melaksanakan kesefahaman dari Sharm El-Syaikh, dan menunjukkan bahawa Israel memushi Islam.

Antara tindakan biadab yang dilakukan oleh Zionis ialah melarang azan dilaungkan di Masjid Ibrahimi di Kholil, Tebing Barat sejak 2 tahun lalu. Pihal Zionis-Israel turut menunjukkan keangkuhan dengan tidak menghormati kesucian Masjid al-Aqsa di al-Quds.

Jawatankuasa Palestin menuntut semua pihak yang bertanggungjawab baik dari pihak pemerintah atau rakyat untuk melakukan hal-hal yang perlu dilakukan dalam rangka menjaga Masjid Al-Aqsha dan Al-Haram Ibrahimi ini, diantaranya dengan selalu hadir untuk solat ditempat tersebut bagi menekan pasukan Zionis-Israel supaya menghentikan pelanggaran-pelanggaran terhadap tempat-tempat suci Islam mahupun Kristian di Al-Quds, Kholil, Bethlehem, dan seluruh tempat di Palestin.