Hamas : Israel mengaku melakukan jenayah perang di Gaza.

Khamis , 16/07/2009 – Pada hari Rabu lalu Hamas berkata pengakuan daripada askar Israel (IOF) kepada organisasi Israel Breaking the Silence merupakan keterangan yang jelas dimana askar-askar IOF telah melakukan jenayah perang semasa peperangan terbaru di Semenanjung Gaza.

Dr Sami Abu Zuhri selaku jurucakap Hamas dalam satu siaran akhbar berkata askar-askar itu telah mengaku dengan sengaja mensasarkan orang awam, menggunakan mereka sebagai perisai manusia, melepaskan tembakan bertubi-tubi dan memusnahkan rumah-rumah tanpa sebarang justifikasi.

Pengakuan itu katanya berjaya menolak kenyataan Israel yang menafikan mereka bertanggungjawab atas jenayah-jenayah perang yang dilakukan di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

1 thought on “Hamas : Israel mengaku melakukan jenayah perang di Gaza.

  1. Salam, sesungguhnya orang yahudi/israel ni berdolak dalih..hari ini mengaku
    melakukan jenayah perang..esok lusa tak ngaku.Ini semua helah dan tipu daya yahudi/israel untuk membuat dunia islam menerima kenyataan mereka hingga kita lupa.Percayalah..telinga mereka dah lali dengan kutukan….

Comments are closed.