Rejim Zionis Setuju Berundur


Selasa, 15/3/2005 – Israel telah bersetuju untuk mengundurkan tenteranya daripada Tebing Barat terutama wilayah Jericho dan Tulkarim.


Menurut radio tentera Israel semalam (14/3/2005), Tel Aviv berjanji untuk mengundirkan tenteranya daripada 5 bandar di Tebing Barat sebelum 8/2/2005
yang lepas tetapi menangguhnya kerana terdapat ketidaksepakatan dalam perjanjian.

Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz bersetuju
di dalam satu mesyuarat dengan Menteri Hal Ehwal
Dalaman Palestin, Nasir Yusuf untuk mengundurkan
rejim Zionis daripada Jericho iaitu di tebing sungai
Jordan esok (16/3/2005) dan Tulkaram pada minggu hadapan.

Sementara itu, sekumpulan rakyat Amerika tiba di Israel (baca: bumi Palestin yang dijajah) sebagai membantah proses pengunduran rakyat Israel di penempatan yang terlibat.