Darah Di atas Kerusi Roda (Bhgn #2)

…sambungan #1
Yassin diberkas buat pertama kali pada 1984 atas pemilikan senjata dan bahan letupan secarah haram,
tetapi dilepaskan setahun kemudian di mana selaepas itu beliau mula membentuk Hamas, nama yang menjadi akronim bagi ?Pergerakan Penentangan Islam.?

Pada 1989, Sheikh Yassin ditangkap oleh Israel dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan mengarahkan pembunuhan orang Palestin yang bekerjasama dengan Israel.
Beliau akhirnya dibebaskan pada 1997sebagai pertukaran dengan 2 agen Israel yang ditangkap di Jordan atas cubaan membunuh seorang pemimpin Hamas, Khaled Meshaal.


Hamas telah memberikan sumbangan berbentuk material melalui tabung kebajikan untuk sekolah-sekolah, klinik-klinik dan hospital yang menyediakan perkhidmatan per*****a kepada keluarga yang terdesak.

Sejak penubuhannya pada 1987, Hamas telah melaksanakan serangan-serangan.Pemimpin baru Hamas, Khaled Meshaal berjaya mengelakkan cubaan bunuh Israel yang besar terhadap Israel, menjadikan Zionis sebagai musuh paling utama. Hamas tidak mengiktiraf hak kewujudan Israel, sasaran jangka panjang mereka ialah pembentukan sebuah Negara Islam dengan sempadan-1948. Syeikh Yassin merupakan penentang utama terhadap Perjanjian Damai Oslo antara Israel dan Palestin,dimana beliau berkali-kali mengatakan bantahan pergerakannya terhadap sebarang pelan perdamaian Barat yang tidak menyatakan hak-hak penuh rakyat Palestin.

Walaupun beliau cuba untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan pihak berkuasa Palestin (PA),
terdapat beberapa cubaan untuk menyekat aktiviti beliau. Pada Dec 2001, seorang lelaki mati dalam

Pada September 2003, askar Israel cuba membunuh Syeikh Yassin ketika berada di rumah salah seorang ahli Hamas.

Syahid Yang Hidup ? Kesan dan Prospek

Kesan serta-merta selepas pembunuhan Syeikh Yassin adalah luahan kemarahan seluruh dunia Islam serta perarakan tunjuk perasaan besar-besaran di jalanan di Negara Arab dan Islam. Pembunuhan itu berlaku hanya beberapa hari selepas bantahan antarabangsa dibuat sempena mengingati kempen setahun serangan US terhadap Iraq. Kejadian ini menyemarakkan lagi sentiment anti-US dan anti-Israel kerana marah dengan penjajahan US yang berterusan di Iraq. Lebih menarik lagi, US yang bersungguh-sungguh untuk mendirikan kerajaan pro-US di Iraq, dan memenangi hati dan fikiran orang awam di sana, mendapati tujuan mereka lebih sukar ekoran ribuan orang Iraq mengadakan tunjuk perasaan di jalan raya, mengkritik pembunuhan Yassin oleh Israel.

Kemarahan orang Iraq terhadap pembunuhan Yassin bukan hanya meliputi puak Sunni sahaja.
Ayatollah Ali Sistani, ulama besar Shiah dan orang paling berpengaruh di Iraq, menyeru umat Islam untuk bersatu menentang Israel, sementara Moqtada al Sadri, ulama Shiah yang lebih militant menawarkan kepada orang Palestin ?sokongan moral dan fizikal.? Dalam suasana yang tegang ini, US yang dianggap sebagai dalang di sebalik tindakan Israel, telah menaikkan kemarahan orang Iraq lalu menyukarkan keadaan askar dan pegawai US di Iraq.

Secara dalaman pula, kesan atas pembunuhan Yassin adalah peningkatan kekuatan dan pengaruh Hamas di jalan raya Palestin, berkurangnya peranan pihak berkuasa Palestin (PA) selepas PA dilihat gagal dan tidak bersungguh-sungguh dalam melindungi
pemimpin pergerakan penentangan Palestin walaupun mempunyai banyak hubungan keselamatan dengan pertubuhan keselamatan antarabangsa. Sebagai akibatnya, PA akan sukar untuk menentang Hamas ? tindakan mengumpul senjata, menangkap militant atau menghalang pelancaran roket berpandu Qassam akan menjadi tindakan politik yang berbahaya buat PA.


Perkara lain yang mungkin berlaku akibat pembunuhan ini adalah Hamas yang kekurangan pemimpin berwibawa akan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil secara berperingkat-peringkat, sepertimana yang berlaku pada Ikhwanul Muslimin di Mesir selepas Sayyid Qutb digantung mati oleh Gamel Nasser. Kumpulan kecil itu selalunya akan membentuk ideologi mereka sendiri dan corak operasi mereka selalunya lebih radikal daripada pertubuhan asal mereka.
Pergerakan penentangan Palestin selama ini mengelak sebarang jalinan dengan al-Qaeda.

Walaubagaimanapun, Abdel Aziz al- Rantissi mengumumkan yang Hamas telah membuka account khas dengan Israel, mengaitkan pembunuhan Yassin sebagai pengisytiharan perang ke atas Islam. Ancaman al Rantissi akan menjadi kenyataan jika beberapa pemimpin Hamas bersetuju untuk mengadakan hubungan langsung dengan objektif dan serangan al Qaeda ke atas Israel, Yahudi dan Amerika.

Dalam apa-apa halpun, kesan yang pasti terjadi akibat pembunuhan ini adalah Hamas akan menjadi lebih radikal. Perlu diingatkan tentang pembunuhan Ismail Abu Shanab oleh Israel pada musim panas 2003-pemimpin Hamas yang berkaliber
dan pragmatic- telah menyebabkan Hamas menjadi lebih radikal. Manifestasi terbaru tentang keradikalan pergerakan itu merupakan pilihan AL-Rantissi-dianggap sebagai pemimpin Hamas paling radikal yang enggan menerima sebarang kompromi
dengan Israel.

Kesimpulan

Pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin tidak syak lagi merupakan titk tolak perubahan dalam pergolakan Arab-Israel dan konflik Barat-dunia Islam. Penjajahan ke atas tanah suci Islam, sokongan terhadap ?ketua Negara zalim yang berlagak baik?
dan lagi pembunuhan seorang ikon Islam secara tidak berperikemanusiaan, sudah tentu menyemarakkan keradikalan di Timur Tengah
dan menghentikan suara-suara yang menyeru kepada kesederhanaan.

Bagi jutaan Muslim, Syeikh Yassin ialah symbol penentangan, ketakwaan dan pengorbanan diri. Lebih menarik lagi, penentangannya memberikan kesan berpanjangan kepada dunia Islam yang di mana menjangkaui keadaan fizikalnya yang lemah dan lumpuh. Mungkin pembunuhannya ini ialah seruan kepada seluruh umat Islam untuk
bangkit daripada tidur nyenyak mereka. Semua harus mengingat kembali bagaimana pembunuhan Syeikh Abdullah Azzam di Peshawar, Pakistan pada 1989, menyebabkan Arab-Afghan menjadi radikal serta penubuhan al-Qaeda.
Sesungguhnya, syahid yang hidup selalunya akan kembali menghantui penentang mereka yang zalim.

Kareem M. Kamel ialah seorang penulis bebas Mesir yang bertapak di Kaherah, Mesir.
Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam Hubungan Antarabangsa dan membuat pengkhususan dalam pengajian keselamatan, proses membuat keputusan, perang nuclear, politik Timur Tengah, dan politik Islam.
Beliau sekarang menjadi pembantu di Jabatan Sains Kemanusiaan di Universiti Amerikan di Kaherah.