Keluarga Rachel Corrie Saman Syarikat Caterpillar Inc.

Rabu, 16/3/2005 – Keluarga mendiang aktivis rakyat Amerika, Rachel Corrie yang mati akibat dilanyak jentolak Caterpillar kerana mempertahankan rumah rakyat Palestin bertindak menyaman syarikat
tersebut.

Saman tersebut akan difailkan Selasa depan dengan menyatakan bahawa syarikat Caterpillar menyalahi undang2 antarabangsa kerana menyediakan
rekabentuk jentolak yang membahayakan orang awam kepada pihak Israel.

Rachel Corrie, pelajar di Kolej Evergreen di Olympia berdiri di hadapan rumah penduduk Palestin pada 16/3/2003 di bandar Rafah, Gaza , mati
dilanyak oleh jentolak Caterpillar yang dipandu oleh rejim Zionis.

Walaubagaimanapun, jurucakap syarikat Caterpillar ,Linda Fairbank tidak memberi sebarang komen terhadap saman tersebut.