Superman Palestin ?

Anda begitu arif dengan karektor gagah Superman ciptaan barat sehinggakan kita berangan ingin terbang dan sekuat Superman. Tahukah anda di Palestin, sudah lama wujud Superman ini tetapi tidak datang dengan tubuh gagah perkasa malah hanya berkerusi roda. Maszlee Malek membongkarkan identiti Superman ini.

Tanggal 22 Mac 2004, tatkala rakyat Malaysia keletihan menerima keputusan pilhanraya umum ke-11, bumi Palestin digegarkan dengan letupan tiga buah peluru berpandu yang dilancarkan oleh komando terbaik tentera Rejim Zionis. Tiga buah peluru yang dilancarkan oleh helikopter perang Apache milik tentera rejim tersebut bukanlah disasarkan kepada kubu-kubu pertahanan pejuang Palestin. Ianya bukan juga ditujukan ke arah keereta kebal-kereta kebal milik pejuang Palestin kerana mereka tidak pernah memilikinya. Ianya bukanlah juga ditujukan ke arah jet-jet pejuang milik rakyat Palestin kerana perkara seumpama itu hanya boleh mereka miliki di dalam mimpi-mimpi siang mereka sahaja. Ianya ditujukan kepada seorang tua yang lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya, seorang tua di atas kerusi roda yang mengalami masalah pendengaran telinga kir inya, seorang tua yang tidak mampu untuk mengangkat tangannya pun untuk mengambil barang. Orang tua yang lemah fizikalnya, tetapi mempunyai jiwa dan roh yang kental dan padu sekukuh tembok besar Cina. Itulah Syeikh Ahmad Yassin.

Kedatangan 22 Mac tahun 2005 ini menandakan genapnya setahun pemergian Syeikh Ahmad Yassin yang amat digeruni oleh tentera rejim Zionis Israel. Untuk membunuhnya sahaja, komando-komando terbaik diperlukan, Apache diperlukan, peluru-peluru berpandu diperlukan, belanja yang besar diperlukan, keputusan Knesset diperlukan, malah keberanian sang komando-sang komando juga diperlukan. Sedangkan dia hanyalah seorang tua yang lumpuh lagi uzur. Mengapa sehebat itu Syeikh Ahmad Yassin digeruni?, mengapa tidak langkah yang sama diambil untuk membunuh rakyat-rakyat Palestin yang lain?, ataupun mengapa tidak Arafat dikenakan tindakan sedemikian rupa?, sudah tentu insan yang bernama Syeikh Ahmad Yassin ini seorang yang hebat di sebalik kelemahan fizikalnya.

Syeikh Ahmad Yassin dalam kenangan (1937-2004)


Latar belakang kehidupannya

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Nama Ahmad merupakan pilihan ibunya, namun pada awalnya amat ditentang oleh sang bapa yang kebetulan mempunyai seteru bernama Ahmad. Nama tersebut telah diberikan kepada ibunya di dalam mimpi sebelum beliau dilahirkan. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza sebagai pelarian di Negara mereka sendiri.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya, beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Pada zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah di pantai Gaza yang telah menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

Pendidikannya

Keadaannya yang lumpuh itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti Islam. Di sekolah rendah dan juga menengah, Ahmad Yassin telah menjadi pelajar cemerlang dan telah dipilih untuk melanjutkan pelajarannya ketika beliau masih muda lagi. Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya, beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya.

Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan Islam dan dakwah Islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan Islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di masjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan Islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberikan nama ?Mujamma al-Islam? (Akademi Islam).

Perjuangan dan penahanannya

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan Islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di masjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenjarakan kerana kejayaan operasi- operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera-tentera dan komando-komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-parunya dan jangkitan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di te mpat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Pembebasannya dan kebangkitan rakyat Palestin

Pada 1/10/1997, hasil daripada perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan ta waran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus selepas pembebasannya, Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas Perdana Menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat Palestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap-tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelbagai usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang bandar-bandar, membunuh orang-orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang-pejuang Palestin dan pemimpin-pemimpin mereka.

Hasil daripada kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet-jet pejuang, helikopter dan juga kereta-kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain-lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilamana sebuah helikopter Apache milik tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaa n ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantissi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya, Abdul Ghani.

Warisannya

Beliau tidak meninggalkan harta yang banyak untuk isteri dan juga anak-anak beliau. Rumah yang didiaminya sangat sederhana. Rumah yang mempunyai satu bilik, yang mana dapur dan ruang tamunya adalah satu. Beliau juga tidak meninggalkan sebarang simpanan di akaun-akaun bank samada di dalam mahupun di luar negara. Yang beliau tinggalkan untuk isteri, anak-anaka, malah semua rakyat Palestin adalah semangat perjuangan untuk memerdekakan bumi Palestin. Walaupun beliau seorang yang lumpuh dan lemah, namun semangatnya telah berjaya membangkitkan seluruh rakyat Palestin. Menurut Khalil al-Syaqaqqi, penulis berbangsa Palestin, sokongan terhadap gerakan penentangan dari kalangan rakyat Palestin, terutamanya HAMAS telah meningkat hampir 40% sehingga tahun 2004. Tidak dinafikan faktor Syeikh Ahmad Yassin tidak boleh dinafikan telah member ikan sumbangan kepada peningkatan sokongan tersebut. Walau bagaimanapun, seperti kata-kata beliau, ?Jika seorang Ahmad Yassin terbunuh, ribuan lagi Ahmad Yassin akan muncul?, semoga perjuangan rakyat Palestin di hari-hari mendatang akan berseri dengan kehadiran ribuan Ahmad-Ahmad Yasin yang akan mengumandangkan ?Khaybar-Khaybar Ya Yahud, Jaisyh Muhammad Saufa Ya?uud?.