Hamas kecam kerajaan Abbas atas pemecatan anggota Majlis Bandar Qalqiliya.

Jumaat,  24/07/2009 – Pergerakan Hamas pada Rabu lepas mengutuk tindakan kementerian tempatan yang memecat 3 anggota Majlis Bandar Qalqiliya. Kementerian tersebut ditubuhkan secara haram oleh Mahmoud Abbas, bekas ketua pemerintah PA.

Hamas berkata kepada pihak media bahawa tindakan tersebut menunjukkan sejauh mana kerajaan haram sanggup bertindak ke atas kerajaan sah yang mewakili rakyat Palestin.

Menurut Hamas lagi, Bandar Qalqiliya merupakan salah sebuah bandar terbaik di Palestin dan terkenal dengan prestasi cemerlang. Anggota-anggota majlisnya yang dipilih melalui undian oleh penduduk bandar itu juga diketahui umum bertungkus-lumus dan banyak berkorban demi kepentingan rakyat Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa