Dakwaan terlibat dengan Al Qaida, seorang pemuda Palestin dihukum penjara.

Jumaat,   24/07/2009 – Siaran radio tentera Israel semalam melaporkan, pihaknya (mahkamah) telah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun ke atas seorang penduduk Palestin, 21, selepas dibuktikan bersalah. Pemuda tersebut didakwa terlibat dengan rangkaian pengganas Al-Qaida.

Mahkamah mendakwa Darwish Abu Aish, daripada kem pelarian Balata dalam bandar Nablus Tebing Barat Utara, telah merancang untuk menjalankan serangan sasaran terhadap Israel. Tambah pendakwa Israel, Abu Aish pernah berganding dengan Al Qaida pada 2005, dan mencuba menjalankan satu pengeboman berani mati di Baitulmuqaddis.

Walaubagaimanapun, Mahkmah tidak menyebut keterlibatan Abu Aish dengan Al-Qaida secara terperinci dan sejauh mana hubungannya dengan ahli Al-Qaida lain di Wilayah Palestin seperti mana yang didakwa Israel sebelum ini. Malah Israel turut mendakwa, Al-Qaida pernah dalam kenyataannya sebelum ini, menghentam kedua-dua pemimpin Fateh, penguatkuasa Palestin di Tebing Barat dan gerakan Hamas di Gaza.

Bukan itu sahaja, dalam satu usaha bagi mendapatkan sokongan antarabangsa, Israel bertindak berulang kali mendakwa bahawa Al Qaida sedia ada di Semananjung Gaza, walaupun Hamas secara rasmi berkata tidak terdapat ahli Al Qaida di sana.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : alfishahrin_85