Abu Salim: Tiada guna berunding dengan Zionis.

Jumaat,   24/07/2009 – Salah seorang wakil rakyat daripada al-Harakah al-Islamiyyah dalam Majlis Perundangan, Ibrahim Abu Salim menegaskan syarat-syarat yang diletakkan oleh Netanyahu untuk berdamai dengan Palestin telah mengecilkan peluang untuk mencapai perdamaian. Antara syarat tersebut ialah mengiktiraf Yahudi penjajah dan melarang pelarian Palestin daripada kembali semula ke negara mereka. Beliau menegaskan syarat-syarat tersebut membuktikan rundingan dengan Zionis adalah sia-sia.

Abu Salim menyatakan di dalam satu kenyataannya pada hari Khamis (23/7) tentang perasaan ganjilnya terhadap tuntutan kerajaan Zionis untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi, sedangkan ia sendiri tidak pernah mengiktiraf sesuatu pun yang bernama Islam, sama ada di Palestin mahu pun di seluruh dunia. Beliau bertanya: “Bagaimana orang Palestin boleh mengiktiraf sebuah negara Yahudi sedangkan kerajaan Zionis sendiri tidak pernah mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin, meskipun hak mereka yang paling kecil sekalipun. Bahkan bumi mereka dirampas, mereka dizalimi, diganasi dan disembelih!” Beliau seterusnya menegaskan bahawa apa yang dituntut oleh regim Zionis menunjukkan ia tidak mempedulikan segala resolusi antarabangsa.

Semalam (Rabu) dalam kenyataannya di sesi khas Parlimen Zionis, Netanyahu sekali lagi mengulangi syarat-syaratnya sebelum memulakan sebarang rundingan perdamaian. Beliau berkata: “Perdamaian dengan Palestin terhenti di atas penerimaan lima syarat; antaranya mengiktiraf negara Israel sebagai sebuah negara Yahudi serta memberhentikan segala dakwaan terhadapnya, tidak mengembalikan semula para pelarian Palestin ke bumi ‘Israel’, dan hendaklah dilucutkan persenjataan daripada negara Palestin pada masa akan datang.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir