HAMAS menolak ketegangan di perkhemahan Lubnan.

Jumaat, 24/07/2009 – Gerakan HAMAS di Lubnan menegaskan kepentingan untuk mengekalkan kestabilan keamanan di semua perkhemahan di Lubnan dan menolak ekploitasi menjadikan perkhemahan sebagai tempat pertembungan bersenjata serta merosakkan keamanan, kestabilan dan keselamatan penduduk tempatan Lubnan.

Perkara ini dinyatakan semasa lawatan yang dilakukan oleh satu delegasi HAMAS yang diketuai oleh pegawai Biro Politik HAMAS di Lubnan, Ali Barakah ke kawasan Sayda pada petang Rabu (22/7). Semasa lawatan tersebut, mereka bertemu dengan beberapa pimpinan politik, penjawat jawatan rasmi kerajaan, pihak keselamatan dan keagamaan di Sayda, termasuk ketua pasukan keselamatan wilayah selatan, General Munzir al-Ayyubi, pengarah cawangan perisikan tentera Lubnan wilayah selatan, General Ali Shahrur dan beberapa pimpinan kumpulan-kumpulan Islam di selatan, serta mufti Sayda, Sheikh Salim Susan.

Delegasi tersebut berbincang dengan General al-Ayyubi berkenaan dengan aspek keselamatan di perkhemahan-perkhemahan Palestin yang terdapat di kawasan selatan, terutamanya di 羨yn al-Halwah, terutamanya setelah berlaku pertempuran terkini di situ. Penegasan telah dibuat tentang kepentingan untuk melebarluas dan menyebarkan suasana perdamaian, ketenangan dan dialog dalam perkhemahan tersebut serta menolak sebarang usaha mewujudkan ketegangan yang boleh membawa kepada pertempuran bersenjata.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir