Israel rancang musnahkan Bustan.

Jumaat, 24/07/2009 – Pertubuhan Ir Amin memaklumkan bahawa pihak berkuasa Israel (IOA) yang mencerobohi Jerusalem sedang merancang untuk memusnahkan seluruh kawasan kejiranan Busan, seperti yang dipetik daripada akhbar Hebrew pada Khamis lepas. Israel merancang untuk membina taman peringatan Yahudi di atas tapak kawasan yang akan dimusnahkan itu.

Laporan itu turut menyatakan bahawa pihak majlis perbandaran Israel hanya akan membenarkan pendatang Israel menginap di sekitar Busan.  Pihak berkuasa Israel juga telah menyerahkan 14 estet milik rakyat Palestin kepada parti-parti Yahudi tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada penasihat undang-undang kerajaan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

One Comment

Comments are closed.