(Terkini) Namr Hammad ugut Suha Arafat.

Isnin , 27/07/2009 – Beberapa sumber menegaskan bahawa Soha Arafat, isteri bekas presiden Yaseer Arafat, mendapat tekanan agar menafikan kenyataan yang pernah beliau berikan kepada akhbar Turki ‘Jumhuriyyet’, bahawa suaminya membenarkannya melihat laporan mesyuarat tiga hala (Amerika-Israel-Palestin) sebagaimana dibongkar oleh al-Qaddumi, bahawa beliau (Arafat) bimbangkan keselamatan nyawanya daripada ancaman Abbas dan Muhammad Dahlan.

Akhbar Arab Saudi ‘Okaz’ memetik daripada sumber yang sama dalam edisinya yang terbit pada Ahad (26/7) bahawa Soha mengatakan Namr Hammad, salah seorang penasihat Abbas, telah membuat ugutan terhadapnya (Soha) dengan arahan Abbas bahawa pemberikan gaji bulanannya akan diberhentikan jika dia (Soha) tidak menarik balik kenyataannya kepada akhbar Turki tersebut.

Sumber tersebut menyatakan Soha yang kini menetap di Malta di sebuah kediaman mewah bersebelahan dengan kediaman saudara lelakinya, Jubran al-Tawil, duta Palestin ke Valetta, mengalirkan air mata ketika menerima ugutan Abbas dan beliau (Soha) menegaskan kerana tekanan tersebutlah menyebabkan beliau bersetuju untuk membaca teks yang disediakan oleh Namr Hammad yang memburukkan nama Farouq Qaddumi. Teks tersebut bukan hanya menafikan kenyataannya yang lalu kepada akhbar Turki tersebut, namun turut mengandungi beberapa perenggan berbentuk provokasi terhadap Qaddumi.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir