HAMAS seru dunia menganjurkan minggu memperingati syuhada

Gaza, Isnin, 21/3/2005 – Gerakan HAMAS menyeru semua pertubuhan Islam di seluruh dunia untuk bersama-sama menunjukkan solidariti mereka terhadap perjuangan Palestin dengan menganjurkan “Minggu Memperingati Syuhada” yang akan berlangsung pada 22/3 sehingga 29/3.

Tarikh 22/3 yang diambil sebagai permulaan minggu itu adalah bersempena dengan hari memperingati kesyahidan Syeikh Ahmad Yassin yang telah dibunuh dengan kejam oleh komando rejim Zionis pada tarikh yang sama tahun lepas.

Di Palestin, setiap bandar dan universiti yang didominasi oleh gerakan HAMAS telah membuat persiapan untuk acara berkenaan yang akan bermula esok hari. Antara cadangan HAMAS untuk pengisian minggu tersebut ialah pameran, ceramah mengenai perjuangan Palestin dan Ahmad Yassin, tayangan video, persembahan nasyid dan segala yang berkaitan dengan memperingati perjuangan rakyat Palestin dan juga mereka yang telah terkorban kerana memperjuangakan kemerdekaan bumi Palestin dan juga Masjid al-Aqsa.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.