50 Ribu Orang Hadir Hari Peringatan Syuhada?

Nablus, Khamis, 24/3/2005 –Lebih dari 50 ribu orang hadir pada hari peringatan syuhada? yang diselaraskan oleh HAMAS di Nablus. Agenda itu sekaligus memperingati setahun syahidnya pemimpin spiritual HAMAS, Syaikh Ahmad Yasin yang syahid ditembak Zionis Israel pada 22 Mac 2004 setelah selesai menunaikan solat subuh di Gaza.

Aktiviti hari memperingati syuhada? ini bermula, dengan melakukan perarakan panjang dari daerah Rafidia di sebelah barat bandar hingga ke kawasan Haifa dan berakhir di Majma? Timur di bandar Nablus.

Program itu disambut oleh hampir seluruh lapisan masyarakat Palestin di Bandar Nablus termasuklah aktivits gerakan pejuang, pendukung dan para simpatisan.

Dalam satu kenyataan,salah seorang pemimpin HAMAS di Tebing Barat Syaikh Yaser Manshur mengucapkan terima kasih kepada para peserta yang telah mendukung gerakan Hamas dan turut serta dalam program yang penuh bersemangat itu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.