Galloway : Konvoi Gaza tetap diteruskan.

Jumaat,  31/07/2009 – Ahli Parlimen Britain, George Galloway dalam satu wawancara akhbar berkata konvoi bantuan ke Semenanjung Gaza yang terkepung itu tetap diakan teruskan.

Dalam satu temubual dengan akhbar Mesir Al-Anwar yang diterbitkan pada Khamis lalu, beliau berkata kempen popular Amerika yang singgah di Gaza baru-baru ini adalah terbesar dalam sejarah AS untuk rakyat Gaza.

Beliau juga menyatakan penghantaran bagi konvoi bantuan itu kebanyakannya mengandungi peralatan perubatan dan ubat-ubatan sambil menambah rakyat Gaza sangat memerlukan bahan api, bahan binaan dan keperluan-keperluan lain.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79