Penembakan Dan Penangkapan Masih Berlaku


Khamis, 24/3/2005 –Zionis kembali menggila dengan melepaskan tembakan ke arah perumahan penduduk di daerah Berj Za?rab, bandar Refah sebelah selatan Semenanjung Gaza. Sumber menjelaskan, rumah-rumah penduduk di daerah Berj Za?rab suatu kawasan yang berhadapan dengan sempadan Mesir, tentera Zionis dengan sengaja melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk, mengakibatkan kerosakana pada bahagian-bahagian rumah.

Tentera Zionis-Israel turut melakukan operasi tentera di jalan-jalan utama yang menghubungkan antara bandar Qalqailiyah dan dengan Nablus dan Thul Karem.

Saksi menyatakan, tentera Zionis-Israel mendirikan beberapa hadangan tentera di beberapa kawasan Jenshafot, Azwan, Jayus, Amatain yang menghubungkan bandara Qalqailiyah dengan daerah lain. Tentera Zionis-Israel turut menahan dan menggeledah kereta-kereta yang diberhentikan.

Dalam kejadian lain, tentera Zionis-Israel menangkap seorang penduduk Bakar Abdu Al-Rauf Musthafa Kholid berumur 21 tahun dari kampung Jayus sebelah timur Qalqailiyah, dan membawa beliau ke suatu tempat yang tidak di ketahui.

Di Nablus, tentera Zionis-Israel menangkap Mahdi Hanbali Abu Mu?min di sekatan Haurah sebelah timur Nablus dalam keadaan tangannya di gari dan matanya ditutup.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.