(Terkini) Aktivis berbasikal Ireland merentasi Eropah, Gaza Destinasi Terakhir.

Rabu,  05/08/2009 – Tiga aktivis berbangsa Ireland berbasikal merentasi Eropah dalam Kembara Ireland-Gaza, yang saiz perjalanan lebih 2 kali ganda jumlah jarak Jelajah Perancis kini berada berhampiran destinasi terakhir mereka iaitu Gaza. Mereka telah sampai di Jerusalam dan akan meneruskan perjalanan mereka menuju ke Gaza dalam masa terdekat.

Perjalanan sejauh 6000 km itu adalah dalam usaha meraih sumbangan untuk rawatan neo-natal dan rawatan akibat kebakaran di Gaza. Initiatif ini lahir daripada salah seorang aktivis tersebut, Eoghan Quinn (21), seorang pesakit kencing manis jenis-1, selepas beliau melihat nasib rakyat Gaza yang sukar mendapatkan rawatan akibat sekatan Israel.

Menurut aktivis basikal Ronan Sheehan, mereka bermula pada 22 Jun dan berbasikal 150 km sehari dan hanya berehat sehari dalam seminggu. Mereka meghadapi bermacam-macam halangan seperti kesejukan melampau, kemalangan kecil, dan dikejar anjing liar di Turki tetapi ini semua menjadi satu epik dalam kehidupan mereka.

Mereka dibantu oleh sebuah kumpulan sokongan termasuk John Lyttle seorang ahli fisioterapi yang bertindak sebagai pembantu perubatan sepanjang perjalanan. Initiatif mereka mendapat sokongan meluas termasuk satu usul khas bagi mereka di Parlimen Scotland dan ahli parlimen Ireland mengadakan upacara khas bagi tujuan tersebut.

Menurut aktivis basikal Gearoid O Cuinn, infrastruktu perubatan di Gaza diranapkan akibat kekejaman Israel dan mereka sedang membantu memulihkan keadaan tersebut melalui pertubuhan Bantuan Perubatan Palestin. Sekiranya mereka berjaya sampai di Gaza, mereka akan menderma kenderaan yang mengiringi mereka dan akan terus mengutip derma melalui laman web mereka www.pathwaystopalestine.com, menurut Tom Watts ahli kumpulan sokongan.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : anonymous

1 thought on “(Terkini) Aktivis berbasikal Ireland merentasi Eropah, Gaza Destinasi Terakhir.

Comments are closed.