Mujahidin Berjaya Menyerang Tentera Israel


Selasa, 29/3/2005 –Sumber Israel menyatakan bahawa seorang daripada tentera mereka dilaporkan cedera selepas berbalas tembakan dengan para mujahidin di Bandar Jenin. Tentera Zionis-Israel yang terlibat dipindahkan ke salah satu hospital yang ada di penempatan Yahudi Avolah untuk mendapatkan rawatan.

Zionis-Israel juga telah menangkap 8 rakyat Palestin yang mana mereka semua dituduh menganggotai kumpulan pejuan Jihad Islami.

Sedangkan sumber-sumber militer Zionis Israel menyatakan bahawa para tahanan itu sedang merakit bom jenis rudal dan telah berupaya melepaskannya ke sasaran-sasaran Israel.

Sementara itu, di Bandar Nablus dilaporkan bahawa para mujahidin berbalas tembakan dengan Zionis-Israel selama hampir setengah jam.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.