Jihad Islami Menyertai PLO ?

Rabu, 30/3/2005 – Jihad Islami telah menghadiri mesyuarat PLO buat kali pertama yang merupakan sebahagian daripada usaha Presiden Mahmoud Abbas utk memujuk gerakan pemberontak bagi bersama PLO.


Walaubagaimanapun, HAMAS tidak menyertai mesyuarat semalam (29/3/2005).”Ini mungkin merupakan tanda awal kami mampu mencapai persetujuan bersama” kata Abbas selepas mesyuarat bersama pemimpin
Jihad Islami, Muhammad al-Hindi.

Usaha Abbas adalah untuk membawa HAMAS dan Jihad Islami ke platform perdana bagi membolehkan usaha damai antara Palestin dan Israel.

Walaubagaimanapun, pihak Israel (baca:rejim Zionis) mahu supaya HAMAS dan Jihad Islami di bubarkan.

Tetapi selepas mesyuarat tersebut, al-Hindi menyatakan masih jauh lagi masa dan tenaga diperlukan sebelum Jihad Islami menyertai PLO.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.