Fatah Rancang Politik Sekuler

Khamis, 31/3/2005 – Akhbar Harian Israel Ma?arev, menyatakan bahawa gerakan Fatah Palestin kini sedang menyusun satu program politik baru yang lebih sekuler digunakan untuk menghadapi populariti HAMAS.

Ma?arev memuatkan, Dewan Revolusi Gerakan Fatah di Gaza telah membuat pertemuan bagi melakukan koordinasi dan persiapan-persiapan dalam menghadapi pilihanraya legislatif yang akan datang.

Pertemuan itu, sebagai usaha menghadapi kekuatan HAMAS yang mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat Palestin.

Sementara itu akhbar harian Israel Ha?aretz mengutip dari sumber-sumber Palestin mengeluarkan, ?Akan ada proses-proses perubahan secara subtantif terhadap program-program politik ke arah sekuler?.

Ha?aretz menjelaskan, pertemuan yang berlangsung selama tiga hari itu disertai oleh Presiden Palestin Mahmud Abbas ?Abu Mazen?, PM Palestin Ahmad Qurai? dan 13 anggota Dewan Revolusi Fatah.

Dalam pertemuan itu, perbincangan mengenai pendekatan politik baru dan moden bagi menetapkan kembali target-target dan tujuan-tujuan gerakan Fatah. Ha?aretz mengaitkan perlantikan Menteri Luar Nasher al Qudwa sebagai orang yang bertanggungjawab akan menunjukan sikap-sikap lebih sekuler dan liberal dari sebelumnya dan Abu Mazen pasti akan mengadoptasi program politik sekular itu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.