HAMAS Bukti Kekuatan

Hebron, Khamis, 31/3/2005 – Di anggarkan seramai 20,000 penyokong HAMAS berkumpul semalam sempena setahun kematian pemimpin mereka, Shaikh Ahmad Yassin.


Pemerhati Palestin merasakan itu adalah bukti sokongan tinggi terhadap HAMAS berbanding FATAH, parti yang memerintah sekarang. Perjumpaan tersebut bertempat di stadium Husain ibn Ali.

Bendera Amerika dan Israel dibakar


Khalid Mishal, ketua biro politik HAMAS berkesempatan berucap melalui telefon dan disambugkan kepada pembesar suara menyatakan HAMAS dan rakyat Palestin tidak akan sama sekali
menyerah kepada Israel (baca: rejim Zionis) sehingga mendapat kemerdekaan sebenar iaitu tanah mereka yang dijajah dikembalikan semula.

PA telah meletakkan tarikh 25 July akan datang untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli parlimen Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.