Israel Tarik Diri Kerana Hamas


Jumaat, 1/4/2005 – Syaikh Sa?id Shiyam, anggota Biro Politik Hamas menegaskan, Zionis-Israel merupakan pemusnah etnik masyarakat. Oleh itu gerakan Intifadah dan penentangan dari Hamas secara konsisten yang menjadikan Zionis-Israel berfikir untuk manarik diri dari Semenanjung Gaza

Syaikh mengatakan hal itu dalam seminar di Masjid Izzudin Al-Qossam di penempatan Nashiriyah.
Beliau menyatakan ?Pertembungan kami dengan Zionis adalah kerana Zionis-Isreal merupakan penjajah yang zalim dan menggunakan kekerasan sesuka hati?.

Ketika Israel diserang oleh tentera Arab, Zionis-Israel dapat mengalahkan mereka kerana tentera Arab menyerang atas tujuan yang kabur dan aqidah yang lemah. Berbeza dengan pemuda-pemuda Palestin. Mereka dapat mengalahkan tentera Zionis-Israel kerena pemuda-pemuda ini dilengkapi dengan senjata iman yang sahih dan kuat.

Syaikh Shiyam mengatakan, gerakan Hamas telah mengalami satu proses pengalaman yang begitu luas. Ini dapat dibuktikan apabila pemuda-pemuda yang ditangkap oleh Zionis-Israel dilepaskan, mereka terus menyertai Intifadah untuk menyerang Zionis-Israel.

Syaikh Shiyam menekankan, ?Masalah Palestin bukan masalah bangsa Palestin saja, tetapi Allah memuliakan kita dengan menjadikan puncak peperangan menghadapi Zionis-Israel berada pada umat ini. Inilah perang yang akan diwariskan dari generasi ke generasi dengan berbagai cara dan bentuk.?

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.