Israel menafikan laporan penculikan seorang askar mereka.

Sabtu,  15/08/2009 – Polis Israel dan pegawai keselamatan melaporkan pada Khamis bahawa laporan penculikan seorang askar Israel adalh palsu, dan tidak ada seorang tentera pun yang telah diculik. Pada sebelah tengah hari, polis Israel telah menerima laporan bahawa dua orang yang tidak dikenali telah memaksa seorang askar masuk ke dalam sebuah kenderaan berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion, dan terus melarikan diri.

Pada mulanya, laporan tersebut dilaporkan oleh seorang tentera wanita yang memberitahu dia melihat sendiri kejadian itu. Berpuluh sekatan jalan teah dilakukan oleh pihak tentera di kawasan Tel Aviv, Petah Tikva, dan lebuhraya 443, dua helikopter juga telah dihantar ke kawasan kejadian.

Israel dalam keadaan berjaga-jaga selepas laporan penculikan tentera mereka. Berpuluh pegawai keselamatan dan polis Israel telah dikerah ke kawasan kejadian, dan sebahagian media Israel melaporkan, pihak keselamatan
memeriksa semua kenderaan dan pengenalan diri pemandu dan penumpang bagi menjejaki tentera yang dilaporkan diculik. Israel secara rasmi tidak dapat mengesahkan yang tenteranya diculik sebagai mana laporan asal yang disiarkan berita Yahoo! Dan Agensi Media Perancis.

Dalam masa yang sama, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai tentera Al-Quds, mengaku dalam sebuah siding media bahawa pihak mereka bertanggungjawab dalam penculikan ini. Mereka mendakwa pejuang mereka telah menculik tentera zionis itu berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion pada petang Khamis. Kumpulan pejuan terbabit juga menyatakan, mereka akan mengumumkan maklumat diri tentera terbabit dalam masa terdekat. Namun begitu, pihak keselamatan Israel masih menafikan laporan penculikan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929