Pencerobohan terhadap undang-undang.

Selasa,  25/08/2009 – Amru Musa, Setiausaha Agung Liga Negara Arab mengutuk keras tindakan beberapa kumpulan ekstremis Yahudi yang menceroboh Masjid al-Aqsa dan mendirikan upacara keagamaan mereka yang dianggap sebagai tindakan pertama seumpamanya yang dilakukan oleh perampas pada bulan Ramadan, semenjak bandar al-Quds dijajah pada tahun 1967.

Musa berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Ahad (23/8) ketika memberikan komentar terhadap pencerobohan tersebut: “Tidak kira tindakan ini dilakukan pada bulan Ramadan atau di luar bulan Ramadan, secara jelasnya ia adalah perlanggaran yang memalukan terhadap undang-undang antarabangsa. Kami mengutuk sekeras-kerasnya dan tidak menerimanya.”

Terdahulu, beberapa kumpulan Yahudi telah menceroboh pada pagi hari Ahad lalu ke dalam halaman Masjid al-Aqsa dari arah Pintu al-Magharibah. Kumpulan tersebut melakukan rondaan dalam kawasan masjid diikuti dengan upacara keagamaan mereka dengan dikawal ketat oleh tentera Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

1 thought on “Pencerobohan terhadap undang-undang.

  1. Assalamualaikum!
    Saya melihat pihak berkuasa Mesir tidak melakukan apa2 usaha utk membantu rakyat Palestin.
    Adakah patut kita “Buy Eqyptian Product Last” ??? Minta pandangan.

    Wallahualam

Comments are closed.