Hamad: Mesir dihubungi buka sempadan Rafah.

Khamis,  27/08/2009 РKetua Pihak Berkuasa Sempadan di Gaza, Dr. Ghazi Hamad berkata mereka telah menghubungi pihak berkuasa sempadan di Mesir bagi membolehkan sempadan Rafah di buka bagi membenarkan laluan bagi penumpang yang terkandas dan mereka yang hendak mengerjakan umrah.

Dalam satu kenyataan beliau pada hari Isnin beliau menjangka sempadan akan dibuka pada permulaan Ramadhan tetapi belum mendapat satu tarikh yang pasti daripada pihak berkuasa Mesir berhubung hal ini. Sempadan Rafah merupakan satu-satunya pintu keluar masuk bagi penduduk Gaza dan pihak berkuasa Mesir menolak idea pembukaannya tetapi hanya dengan syarat ianya ditadbir mengikut perjanjian yang dibuat oleh Dahlan dan Israel pada 2005.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous

Comments are closed.