Rakyat Palestin di Hebron dibunuh kejam namun tiada tuduhan difailkan.

Selasa,  01/09/2009 РSeorang pegawai tentera Israel mengesahkan berita daripada keluarga Yasser Tmeizy di Hebron, selatan Tebing Barat yang memberitahu askar-askar Israel telah membunuh kejam anak lelaki mereka namun tiada tuduhan difailkan oleh Israel terhadap mereka.

Odi Ben Moha, komander tentera Israel yang bertanggungjawab di daerah Hebron menyatakan bahawa ia merupakan satu skandal yang tidak difailkan terhadap askar-askar itu terutamanya sejak jenayah itu berlaku pada 13 Januari tahun ini. Tmeizy, 35 bekerja di dusun zaitunnya berhampiran Annextion Wall, bandar Ithna yang berdekatan dengan Hebron. Askar Israel mendekati dan mula memukulnya sebelum mereka menyumbatnya ke dalam jip mereka.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz_79