3 rakyat Palestin cedera, seorang kritikal.

Selasa,  01/09/2009 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan pada Isnin, bahawa 3 orang rakyatnya cedera selepas tentera Zionis melepaskan tembakan pada malam itu, seorang daripadanya serius, berhampiran antara Kem Pelarian Al-Jalazoun dan kawasan penempatan haram Yahudi di Beit El, timur Ramallah, Tebing Barat. Salah seorang rakyat Palestin yang tercedera itu merupakan paramedik. Sumber itu juga melaporkan, seorang remaja Palestin berumur 17 tahun, Mohammad Nayef, telah mengalami cedera parah, dan dikejarkan ke Hospital Israel Hadassah di Baitul Maqdis.

Remaja terbabit merupakan anak kepada Riyadh Nayef, Pegawai Keselamatan Palestin, yang telah dibunuh oleh tentera Zionis-Israel beberapa tahun lalu. Dua orang lagi yang tercedera adalah, Ali Al-Qaisi yang merupakan seorang pemandu ambulans, ditembak di lengan, manakala Osama Al-Najjar cedera di kaki sewaktu cuba merawat kecederaan yang dialami Mohammad Nayef.

Lebih memburukkan keadaan, tentera Israel dilaporkan telah menculik beberapa pemuda Palestin dan menyembunyikan mereka di kawasan yang tidak diketahui. Punca penahanan mereka juga tidak diketahui.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929

4 thoughts on “3 rakyat Palestin cedera, seorang kritikal.

  1. “Lebih memburukkan keadaan, tentera Israel dilaporkan telah menculik beberapa pemuda Palestin dan menyembunyikan mereka di kawasan yang tidak diketahui. Punca penahanan mereka juga tidak diketahui.”

    Akan ku hancur-hancurkan rejim tel aviv jika ku dapati mrk membentak & menyeksa saudara2 seagama ku itu!

  2. Kita rakyat biasa yang sedih tengok penderitaan rakyat Palestin. Tapi semua raja2 beserta kerajaan2 dunia Arab dan Islam pejam sebelah mata saja..

    Kita tunggu sajalah kedatangan Nabi Isa AS & Imam Al-Mahdi untuk kembalikan zaman kegemilangan Islam..

  3. salam…
    aku rase kita tidak boleh hanya menunggu sahaja saudara kita diseksa dan dizalimi
    apa yang kita perlu dan mesti buat adalah menyebarkan kefahaman tentang israel ini kepada yang masih belum mengetahui…

    semoga allah merahmahi usaha baik yang kita lakukan…

  4. ya… sebarkan dan pelajarilah sejarah Israel yang kejam… mereka sedang meneroka New World Order bersama Dajjal mereka nanti… kita ada Islam, kita ada Allah, kita ada Al – Quran dan sunnah… marilah kita sama2 beramal dan berjuang menegakkan kebenaran lillahi ta’ala… jangan bertangguh masa, kerana masa sudah suntuk untuk kita berleka dengan kelalaian

Comments are closed.