Menteri Israel : “ Yahudi akan terus tinggal dan bina penempatan di Baitul Maqdis”.

Jumaat,  04/09/2009 – Menteri Israel, Yossi Peled (gambar), dari Parti Likud pimpinan PM Israel,Benjamin Natanyahu, mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa bahawa kerajaan Israel tidak pernah membekukan usaha membangunkan dan meluaskan penempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis, dan tambanhnya, orang Yahudi bakal meneruskan kehidupan dan pembinaan di seluruh kota suci Islam itu. Peled berucap dalam satu persidangan “Selamatkan Baitul Maqdis dan Bukit Golan”, lapor sumber berita Israel, Ynet News.

Sewaktu kunjungan Peled ke Jerman, dia berkata sebagai memetik kenyataan Netanyahu, Baitul Maqdis merupakan Ibu Kota Abadi Israel dan Yahudi berhak memilikinya. Dia juga menambah, Israel sedia untuk meneruskan rundingan, namun tidak akan melepaskan aset berharga mereka, Baitul Maqdis. Peled yang dilahirkan di Belgium pada tahun 1941 merupakan menteri tanpa portfolio.

Ynet News menambah, jurucakap Knesset, Reuven Rivli, berucap di persidangan itu dan menyatakan bahawa dia percaya Netanyahu, dan seluruh rakyat Israel mahu hidup dalam keadaan aman tetapi jangan sesekali melepasi garisan sempadan. Dia menambah, “Tanah Israel hanya milik rakyat Israel”, dan Israel akan mengekalkan kesucian di Baitul

Maqdis dan seluruhnya. Israel sebelum ini menerima cadangan pembekuan sementara pembinaan penempatan haram rakyat mereka, tetapi tidak bercadang untuk menghentikannya terus. Menurut laporan Konvensyen Ke-4 Geneva, semua penempatan Israel di wilayah Palestin termasuk, Timur Baitul Maqdis dan Bukit Tinggi Golan adalah haram dan melanggar undang-undang antarabangsa.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929