Ucapan Salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini.

Walaupun Ramadhan sudah masuk ke pertengahan, namun kami tetap meletakkan ucapan salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini yang telah bersama sama berkhidmat secara sukarela demi menyediakan berita terkini dari bumi suci lagi di berkati, Palestin. Moga Ramadhan tahun ini benar2 memberikan impaks baru kepada umat Islam dalam berjuang membebaskan Palestin dari cengkaman rejim Zionis.

-gunx

(klik Read More utk ucapan eksklusif dari warga kerja Pkini)

Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua warga Palestinkini serta seluruh pejuang pembebasan Masjidil Aqsa. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1430 H. Semoga kita terus komited dalam usaha menyebarkan isu Palestin dan sentiasa ikhlas kepada-Nya. Allahuakbar.

-mujaheed929

Assalamua’laikum WBT. Ampun maaf dipinta daripada kaum keluarga, rakan-rakan dan pengunjung setia web ini atas sebarang salah & silap. Selamat menjalani ibadah puasa dan tingkatkan amalan2 sunat sepanjang Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu. Teruskan juga berdoa untuk kesejahteraan saudara2 kita di Palestin, Afghanistan dan seluruh dunia. Teruskan boikot produk Israel. Mudah-mudahan Allah redhai usaha kita yang kecil ini. Amin…

-Salwa Mohamad & Nor Affendi Jemidi.

Assalamualaikum w.b.t,

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan al-Mubarak kepada semua pelawat setia laman Palestinkini.

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izin-Nya dapat lagi kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini.Maka gunakanlah kesempatan yang dikurniakan oleh Allah ini untuk kita mantapkan lagi keimanan dan ketakwaan diri. Jadikanlah Ramadhan sebagai bulan untuk melatih diri menjadi manusia yang lebih ikhlas, sabar dan bersyukur.

Beribadatlah seakan-akan Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita kerana Ramadhan seterusnya belum tentu milik kita. Perbanyakkanlah ibadat di bulan ini, dengan harapan Allah temukan kita dengan keagungan Lailatul Qadar dan dipilih Allah untuk di sucikan jiwanya menjadi insan yg kembali pada fitrah kejadian.

Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.” Semoga Ramadhan ini juga dapat memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam untuk bersatu padu menentang musuh agama yakni Israel dan membebaskan Palestin dari cengkaman mereka. Mohonlah kepada Allah semoga saudara-saudara kita di sana yang sedang menderita di berikan kekuatan hati dan jiwa untuk terus berjuang menegakkan Islam yang tercinta.

Akhir kalam, di harapkan Ramadhan yang bakal tiba akan lebih bermakna dan lebih dihayati. Semoga tarbiyah dari bulan yg mulia ini akan mendidik diri menjadi insan yg lebih berilmu dan beramal dengan penuh keikhlasan.

Seandainya Ramadhan ini adalah yang terakhir buatku, Maafkanlah segala kesalahanku dan halalkanlah segala makan minum ku. Ramadhan Kariim hadirmu dinanti,  Marilah bersama kita hayati, Perbaiki diri ikhlaskan hati, Moga menjadi insan sejati…

Wassalam

-nurul

1 thought on “Ucapan Salam Ramadhan dari wargakerja Palestinkini.

  1. Palestinkini merupakan suatu usaha yg sangat baik dan bagus. apatah lagi dlm keadaan pimpinan kerajaan Malaysia mula menjalin hubungan2 liar dgn reezim zionis israel, seperti pertemuan zahid hamidi atau skandal pembelian senjata dari israel…
    syabas Palestinkini

Comments are closed.