Abbas : “Kian sukar menentukan sama ada mahu hadir pertemuan bersama AS dan Israel”.

Jumaat,  04/09/2009 – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menyatakan pada Khamis sewaktu pertemuannya dengan Ketua Kerajaan Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapater, bahawa beliau sukar menempuh hari mendatang dalam menentukan kehadiran dalam pertemuan tiga penjuru antara Presiden AS, Barack Obama dan Presiden Israel, Benjamin Natanyahu.

Sewaktu melawat Sepanyol pada Khamis, Abbas memberitahu Zapater bahawa, pembekuan pembinaan semua penempatan Yahudi adalah syarat utama yang menyebabkan beliau masih menangguhkan keputusannya. Abbas menambah, Israel sepatutnya dengan jelas mengumumkan pemberhentian segala aktiviti penempatan haram Yahudi, dan beliau akan menyertai pertemuan bersama Obama dan Netanyahu itu yang bakal berlangsung pada hujung bulan September di New York bersempena Mesyuarat Agung PBB.

Abbas dan Netanyahu tidak pernah bertemu sejak kerajaan Zionis yang dipimpin Netanyahu mengumumkan akan menyokong pembinaan penempatan Yahudi dan bakal meluaskannya ke seluruh wilayah Palestin termasuk seluruh Timur Baitul Maqdis. Pada Ahad, Netanyahu memberitahu kerajaannya tidak membuat sebarang keputusan dalam membekukan aktiviti penempatan haram tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : mujaheed929