Al-Bardawil: Dialog akan datang saksi cubaan Mesir satukan fraksi Palestin.

Selasa,  08/09/2009 – Seorang pimpinan HAMAS, Dr Solah al-Bardawil (gambar) berkata pusingan dialog akan datang akan menyaksikan pandangan dan cadangan Mesir yang akan dibentangkan kepada semua fraksi Palestin sebagai percubaan bagi mendekatkan pandangan mereka dan menamatkan perpecahan yang berlaku.

Al-Bardawil menambah dalam satu pertemuan yang dilakukan oleh Pusat Media Palestin dengan beliau di Gaza dan disiarkan kemudian dengan berkata: “Mesir tahu tabiat pendirian HAMAS dan ia mempunyai kefahaman tentangnya yang boleh dijadikan sebagai asas. Saya percaya sudut pandangan yang berbeza akan dapat didekatkan. Secara pasti, Mesir mempunyai pengalaman dalam melakukan dialog dengan semua fraksi Palestin.”

Manakala mengenai keseriusan Fatah untuk berdialog, beliau menegaskan: “Kami tidak percaya Fatah serius untuk berdialog. Kami berpendapat jika bukan kerana tekanan Mesir, pasti ia akan berusaha untuk menghalang berlangsungnya dialog Palestin-Palestin, kerana ia hanya memberikan komitmen kepada resolusi Israel.” Beliau juga menegaskan isu mangsa penculikan politik mestilah juga diselesaikan.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir