(Terkini) 50 pokok zaitun dimusnahkan rejim Zionis.

Rabu,  09/09/2009 – Para peneroka Israel Isnin lalu telah mencabut 50 pokok zaitun berhampiran pusat bandar Ramallah, Tebing Barat, menurut sumber Palestin.

Sumber itu menambah petani-petani Palestin tiba ke kebun mereka pada pagi Isnin untuk membaiki pokok-pokok itu yang dicabut dan dibiarkan di situ. Tentera Israel mengumumkan sekumpulan peneroka telah melakukan serangan itu. Empat hari lalu sekumpulan peneroka Israel telah mencabut 150 pokok-pokok zaitun yang dimiliki oleh para petani Palestin di Tebing Barat.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : hijjaz_79