Abdul Qader : “ AS terus lemah dan gagal hentikan penempatan baru Yahudi ”.

Rabu,  09/09/2009 – Hatem Abdul Qader, merupakan petugas untuk Isu-isu Baitulmaqdis dalam Wilayah Palestin, dipetik sebagai berkata semasa beliau di Ramallah pada Isnin, Amerika Syarikat ( AS ) terus lemah dan tidak mampu menghentikan aktiviti penempatan haram Yahudi di situ.Abdul Qader menambah, negara-negara Arab mesti membawa isu penempatan ini ke Kaunsel Keselamatan atas sebab keengganan Israel menghentikannya.

Beliau juga meminta pihak pentadbiran Palestin supaya menghentikan kerjasama keselamatan dengan Israel, dan menolak segala rundingan yang diadakan di setiap peringkat dengan negara haram itu. Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak, meluluskan pembinaan 450 kediaman baru di penempatan haram Yahudi di Tebing Barat. Juga pada Isnin, Menteri Infrustruktur Israel, Uzi Landau, mengkritik PM Israel, Benjamin Natanyahu, selepas PM Israel itu merancang bagi membekukan pembinaan penempatan baru di Tebing Barat.

Landau berkata, “Rakyat Palestin merupakan orang yang dijajah”, dan dia menambah, segala sekatan dalam aktiviti penempatan rakyat Yahudi adalah satu kesalahan di sisi hak asasi manusia. Kenyataan Landau ini hadir selepas pertubuhan-pertubuhan dalam isu undang-undang dan penempatan kaum Yahudi menyambut pembukaan semula penempatan haram yang baru, dan hanya penduduk penempatan itu boleh berhubung melalui jalan di Wilayah Timur Baitul Maqdis. Hakim Mahkamah Tinggi Israel, Eliyakim Rubenstein dan Menteri Penerangan, Yuli Edelstein turut menghadiri majlis sambutan haram itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929