Peneroka Israel mengadakan ‘upacara pecah tanah’ untuk penempatan baru di Timur Baitul Maqdis.

Rabu,  09/09/2009 – Beberapa pembangkang Israel dari kumpulan ‘Peace Now’ adalah satu-satunya pembangkang yang hadir untuk bersama-sama dengan ratusan peneroka-peneroka Israel, menteri-menteri kerajaan dan ahli-ahli Knesset(Parlimen) yang menjalankan upacara pecah tanah Isnin lalu, di bawah perlindungan dan sokongan penuh polis Israel, mereka merancang penempatan baru yang dipanggil Mevaseret Adumim.

Kumpulan itu termasuk ramai ahli politik tertinggi dan ahli-ahli pentadbiran kerajaan Israel,berkata bahawa mereka akan meneruskan pembinaan dan memperluaskan kawasan penjajahan di bumi Palestin walaupun di beri tekanan oleh mana-mana perjanjian, undang-undang antarabangsa, atau desakan Amerika.

Antara yang menghadiri upacara tersebut adalah Menteri Daniel Hershkowitz (Habayit Hayehudi) dan Uzi Landau (Yisrael Beitenu), serta ahli Knesset Danny Danon (Likud), Zeev Elkin (Likud) dan Uri Orbach (Habayit Hayehudi). Mereka yang mengetuai majlis berjanji yang pecah tanah itu hanya satu permulaan, dan perancangan untuk meneroka tanah itu “kelak akan menjadi satu kenyataan”.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul

2 Comments

Comments are closed.