Kunjungan Fatah ke Gaza akan disambut bila bekerjasama.

Jumaat,  11/09/2009 – HAMAS menyatakan masih belum ada koordinasi dari Fatah dalam rangka lawatan mereka ke Gaza. Dalam satu kenyataan, wakil HAMAS Fauzi Barhum menegaskan beberapa syarat dan peraturan haruslah dipenuhi oleh Fatah. Ini kerana kunjungan tersebut dimaklumkan adalah untuk membincangkan permasalahan yang masih tertunggak.

Antara perkara penting yang perlu diselesaikan ialah gerakan Fatah di Gaza dan tindakan yang dikenakan kepada HAMAS yang berada di Tebing Barat.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif